Header Ads

test

PESERTA CILIK SUKAN MOTOR LASAK

 



MERBAU PULAS - Lebih daripada 150 peminat sukan lasak motorcross menyertai program Fun Race Track di Merbau Pulas. 


Program itu menandakan usaha kerajaan negeri Kedah dalam mempromosikan sukan lasak mendapat tempat kepada penduduk tempatan.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Kemiskinan, Pembangunan Insan, YB Dato' Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali, penganjuran itu membuktikan manifestasi minat sesuai tempat adalah penting bagi memastikan pembangunan bakat-bakat tempatan dalam bidang sukan lasak terus berkembang. 


"Saya sangat yakin, apa saja minat perlulah dimanifestasikan di tempat dan keadaan yang sesuai,


"Saya sempat bersua muka dengan Adik Nur Anis Dayana dan adik Muhammad Rayyan Arif, masing-masing berumur 8 tahun dan 12 tahun," katanya. 


Beliau turut memuji ibu bapa kedua-dua peserta cilik kerana berjaya memupuk minat anak-anak mereka dalam sukan lasak dengan baik.


"Tahniah kepada ibu bapa keduanya kerana telah berjaya memandu minat anak-anak dengan baik. Saya sangat yakin peranan ibu bapa dalam memandu anak-anak ke arah yang terbaik sangat penting," katanya.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan