Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat, Perpaduan, YB Dato' Hajah Halimaton Shaadiah Saad bersama Jawatankuasa Bantuan Khas Pesakit Terlantar Negeri Kedah (BKPT) menyantuni penerima bantuan dalam daerah Kota Setar. Seramai 6 orang penerima yang terpilih untuk menerima bantuan di Dun Alor Mengkudu dan Suka Menanti. Antara penerimanya ialah Muhamad Adam Farhan bin Muhamad di Taman Seri Belimbing. Ayah Muhamad Adam merupakan pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis tiga kali seminggu. YB seterusnya melawat suami kepada Che Salmiah Ismail yang mengalami strok dan terlantar selama 10 tahun. Lawatan berakhir di rumah Dali Awang Kecik di mana isterinya menjalani dialisis tiga kali seminggu di Pusat Hemodialisis Zakat Kedah. Turut bersama dalam lawatan itu Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, YB Haji Muhammad Radhi Haji Mat Din yang juga ADUN Alor Mengkudu dan jawatankuasa BKPT. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/13/2024, 10:38:32 AM 

Tiada ulasan