Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, YB Muhammad Radhi Mat Din hadir merasmikan penutupan Kursus Asas Keusahawanan Belia Sejahtera Negeri Kedah di Majlis Sukan Negeri Kedah. Kursus itu anjuran bersama Pejabat EXCO Belia dan Sukan, Sekretariat Belia Sejahtera Negeri Kedah dan First Grade Resources. Pencarian dan mengasah bakat-bakat baharu dalam bidang keusahawanan menjadi asas utama kursus berkenaan diadakan. First Grade Resources merupakan syarikat milik penuh bumiputera dijemput bagi berkongsi ilmu asas perniagaan dan tips-tips kecemerlangan dalam menarik minat para belia serta meneruskan legasi para usahawan yang berjaya. Hadir bersama ADUN Derga, YB Muhammad Amri Wahab. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/24/2024, 12:17:46 PM 

Tiada ulasan