Header Ads

test


 Lagenda sepak takraw Kedah, Ku Musa Ku Abd Rahman menerima kunjungan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, YB Haji Muhammad Radhi Haji Mat Din di kediamannya di Ulu Melaka, Langkawi. 


Lagenda itu memiliki prestasi gemilang dengan penyertaan dalam Sukan SEAP Bangkok pada tahun 1967 dan memenangi kejuaraan peringkat kebangsaan pada tahun yang sama. 


Hadir sama dalam lawatan itu adalah Speaker Negeri Kedah, YB Zubir Ahmad dan ADUN Ayer Hangat, YB Shamsilah Siru. 


Ziarah Lagenda Sukan Kedah merupakan sebahagian penghormatan kepada tokoh sukan yang telah menyumbang kepada kemajuan sukan di negeri  Kedah.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan