Header Ads

test

TANGLUNG NAGA SEMARAK TAHUN BAHARU CINA ALOR SETAR - Kampung Warisan Kebudayaan San Sheng akan dihiasi elemen kebudayaan, bunga...


TANGLUNG NAGA SEMARAK TAHUN BAHARU CINA ALOR SETAR - Kampung Warisan Kebudayaan San Sheng akan dihiasi elemen kebudayaan, bunga-bungaan serta pelbagai lampu bertujuan menyemarakkan sambutan Tahun Baharu Cina. Kawasan kampung yang berkeluasan 9,000 kaki persegi itu dihiasi sebagai persediaan menerima kedatangan pengunjung untuk bergambar terutama pada waktu malam. Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam & NGO, YB Wong Chia Zhen, mengajak rakyat Kedah untuk merasai suasana sambutan Tahun Baharu Cina di kampung warisan itu. Tambahnya, Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri juga bakal diadakan di kawasan berkenaan. "Tahun ini, kami akan meraikan sambutan Tahun Baharu Cina dengan semua rakyat Kedah tanpa mengira orang Cina, orang Melayu, orang India atau orang Siam. "Marilah pakat-pakat mai ke sini bersama ahli keluarga dan kawan-kawan.Inilah peluang terbaik untuk kita mengenali kebudayaan orang Tiong Hua," katanya ketika merasmikan Lampu Hiasan Tanglung Naga di sini hari ini. Beliau turut mengingatkan anak Kedah di perantauan agar pulang ke kampung halaman bagi meraikan perayaan itu bersama keluarga. "Jangan lupa balik ke Kedah, jangan lupa orang tua di rumah.Balik kampung bersama-sama mereka dan sambutlah perayaan yang dinanti-nanti itu," ujar Wong. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/4/2024, 11:30:24 PM 

Tiada ulasan