Header Ads

test

TINDAKAN PANTAS SADA ATASI PENYUSUTAN AIR DI KUALA MUDA ALOR SETAR - Kesan cuaca panas yang berterusan baru-baru ini menyebabka...


TINDAKAN PANTAS SADA ATASI PENYUSUTAN AIR DI KUALA MUDA ALOR SETAR - Kesan cuaca panas yang berterusan baru-baru ini menyebabkan tiga Loji Rawatan Air (LRA) di Daerah Kuala Muda mengalami penyusutan. Kawasan tadahan ini memainkan peranan penting dalam menyediakan sumber air mentah kepada tiga buah loji rawatan air (LRA) jenis Headworks di Daerah Kuala Muda, iaitu LRA Tupah, LRA Merbok, dan LRA Gurun. Syarikat Air Darul Aman (SADA) dalam kenyatan berkata pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan menjalankan aktiviti pembersihan mendapan pasir di kawasan tadahan dan muka sauk LRA yang terkesan. Langkah ini diambil untuk meningkatkan kuantiti air mentah yang diperlukan untuk diproses di LRA Headworks yang beroperasi secara separa rawatan. Bagi menangani gangguan bekalan air kepada rumah-rumah yang terjejas, SADA juga telah menggerakkan lori tangki dan menempatkan tangki-tangki statik di kawasan strategik. Ini selaras dengan kehendak peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 54(3), Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), di mana SADA bertanggungjawab memastikan kelangsungan bekalan air terawat kepada pengguna. SADA menasihatkan pengguna untuk menggunakan air secara berhemah demi memastikan bekalan air terus disalurkan tanpa sebarang gangguan. "Para pengguna dinasihatkan agar terus berhemah dalam menggunakan air bagi memastikan bekalan air terawat dapat disalurkan secara berterusan tanpa gangguan" katanya. SADA mengalu-alukan kerjasama semua pihak sekiranya mengalami ganguan air. Sebarang aduan atau pertanyaan boleh disampaikan melalui talian hotline 1300 88 0017, aplikasi WhatsApp 011-65210500, atau e-mel aduan@sada.com.my. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 2/3/2024, 10:11:58 PM 

Tiada ulasan