Header Ads

test

10 BELIA CEMERLANG KEDAH BAKAL TERIMA ANUGERAH ALOR SETAR - Kerajaan negeri menyokong Junior Chamber International (JCI) Kulim,...


10 BELIA CEMERLANG KEDAH BAKAL TERIMA ANUGERAH ALOR SETAR - Kerajaan negeri menyokong Junior Chamber International (JCI) Kulim, Kedah untuk menganjurkan Anugerah Belia Cemerlang Kedah. Demikian diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam, NGO, YB Wong Chia Zhen ketika sesi penggulungan Persidangan Pertama Penggal Kedua DUN Negeri Kedah Yang Ke-15, hari ini. Penganjuran majlis itu sebagai pengiktirafan kepada 10 tokoh Kedah atas sumbangan dalam bidang masing-masing. "Saya juga ingin mengumumkan sokongan kerajaan negeri kepada Junior Chamber International (JCI) Kulim Kedah dalam anjuran Anugerah Belia Cemerlang Kedah, yang memberi pengiktirafan kepada sepuluh tokoh dari negeri Kedah atas sumbangan dan dedikasi dalam bidang masing-masing. "Anugerah ini diharapkan untuk memberi dorongan dan motivasi kepada pemuda-pemudi yang lain di negeri Kedah ke arah kecemerlangan sejajar dengan visi The Greater Kedah 2035,"katanya. Wong juga menyeru kepada semua wakil rakyat menggunakan peluang bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) setempat bagi mengeratkan hubungan seterusnya menyampaikan hasrat serta visi kerajaan negeri. "Saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengajak YB-YB ADUN sekalian untuk turut turun padang bersama dengan NGO-NGO tempatan, dengan hasrat supaya mereka lebih mengenali kerajaan negeri dan visi yang ingin dibawa menuju ke wawasan kita," katanya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangdunkedah15 -UPDA 3/6/2024, 8:18:12 PM 

Tiada ulasan