Header Ads

test

14 PROJEK KOMUNITI LANGKAWI DILULUSKAN LANGKAWI - Sejumlah RM1 juta Peruntukan Pembaikan Kemudahan Awam dan RM338 ribu bagi ke...


14 PROJEK KOMUNITI LANGKAWI DILULUSKAN LANGKAWI - Sejumlah RM1 juta Peruntukan Pembaikan Kemudahan Awam dan RM338 ribu bagi kelulusan 14 Projek Kecil Komuniti Fasa 1 tahun 2024 melibatkan menaik taraf, penyelenggaraan dan pemulihan dalam sektor keagamaan, pendidikan dan kemudahan awam. Majlis penyerahan tersebut di saksikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor dalam Program Jalinan Kasih Ramadan Sempena Ulang Tahun LADA Ke-34 di Ombak Villa, Langkawi. Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berasa bangga atas usaha LADA selama ini dalam membangunkan Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama di negeri Kedah. Tambahnya lagi, pertumbuhan ekonomi di Langkawi tidak boleh tertumpu kepada sektor pelancongan sahaja tetapi pembangunan ekonomi juga perlu diberi tumpuan agar mampu berdaya saing. "Saya bangga dengan usaha yang dilakukan oleh LADA dalam memajukan sosioekonomi di Langkawi. "Tumpuan tidak hanya kepada pelancongan malah turun diberikan kepada pembangunan komuniti di Langkawi agar terus berdaya saing dan mendapat manfaat daripada limpahan ekonomi pulau ini," katanya dalam majlis tersebut. Dalam perkembangan yang sama, Menteri Besar memberi harapan yang besar untuk jadikan Pulau Langkawi adalah destinasi pelancangon utama dalam tempoh Tahun Melawat Kedah 2025. "Langkawi tentulah menjadi ratu kepada Tahun Melawat Kedah kerana di sinilah sektor pelancongan paling pesat ada di Kedah," katanya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #Ramadan -UPDA 3/22/2024, 11:39:30 PM 

Tiada ulasan