Header Ads

test

80 ANAK YATIM MENERIMA BAUCAR PERSEKOLAHAN SIK - Seramai 80 penghuni Rumah Gemilang di sini menerima sumbangan baucar bernilai ...


80 ANAK YATIM MENERIMA BAUCAR PERSEKOLAHAN SIK - Seramai 80 penghuni Rumah Gemilang di sini menerima sumbangan baucar bernilai RM200. Baucar Jom Ceria Ke Sekolah itu digunakan untuk membeli kelengkapan persekolahan di Pusat Pakaian Hari-Hari. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor menggalakkan syarikat swasta dan korporat meningkatkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi program perkhidmatan dalam komuniti seperti Jom Ceria Ke Sekolah. "Saya nak ajak syarikat-syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan untuk mengambil contoh TNB dan Pelitawanis tengah hari ini, untuk melaksanakan CSR syarikat masing-masing di rumah anak-anak yatim di semua daerah," kata beliau dalam Majlis Menjejak Kasih, Menyulam Sayang Rumah Gemilang Sik semalam. Katanya lagi melalui wakalah zakat, syarikat terbabit boleh mengagihkan sendiri kepada fakir miskin. "Lembaga zakat bagi balik kepada syarikat untuk diagihkan, pilihlah rumah-rumah anak yatim dan orang-orang miskin dalam daerah di Kedah ini" ujarnya. Dalam majlis yang sama, penghuni Rumah Gemilang turut menerima RM 50 untuk pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN). Hadir sama, Pegawai Daerah Sik, Mahamad Suhaimi Man, Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Negeri Kedah, Wan Ishak Soed, Pengerusi Pelitawanis TNB Alor Setar, Siti Safinaz Kamaruddin, Ketua Divisyen Agihan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Ustaz Abdul Hadi Majid dan Pengerusi Cawangan Pejabat (PTPTN) Negeri Kedah, Fadzliana Fadzil. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #thegreaterkedah -UPDA 3/3/2024, 1:35:20 PM 

Tiada ulasan