Header Ads

test

ADUN JITRA SANTUNI ANAK-ANAK ORANG MISKIN DAN YATIM JITRA - Seramai 120 anak-anak orang miskin dan yatim di DUN Jitra diraikan...


ADUN JITRA SANTUNI ANAK-ANAK ORANG MISKIN DAN YATIM JITRA - Seramai 120 anak-anak orang miskin dan yatim di DUN Jitra diraikan dalam Program 'Back To School' bagi membuat persiapan sebelum sesi persekolahan bermula. Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Inovasi, YB Dr. Haim Hilman berkata usaha ini adalah kerjasama kerajaan negeri Kedah bersama persatuan Nisa' Kedah yang sentiasa mahu melihat anak-anak Kedah terus cemerlang dalam bidang akademik. Tambahnya yang juga Ahli Dewan Undangan Jitra, kerajaan akan terus membantu anak-anak Kedah yang memerlukan sokongan terutamanya dalam urusan pendidikan. "Sumbangan ini tidak akan menjadikan anak-anak ini hidup selesa, setidaknya mereka mendapat suntikan semangat untuk meneruskan pembelajaran di sekolah," ujarnya usai menyempurnakan penyampaian sumbangan bertempat di Yusof Borong, di sini. Beliau turut berkesempatan memilih dan memakaikan pakaian sekolah baharu kepada anak-anak DUN Jitra yang diraikan. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/3/2024, 12:01:02 PM 

Tiada ulasan