Header Ads

test

ALAM SEKITAR YANG KONDUSIF PENYUMBANG KEPADA KESEJAHTERAAN MASYARAKAT KUALA KEDAH - Alam sekitar yang kondusif untuk didiami m...


ALAM SEKITAR YANG KONDUSIF PENYUMBANG KEPADA KESEJAHTERAAN MASYARAKAT KUALA KEDAH - Alam sekitar yang kondusif untuk didiami mampu menyumbang kepada kesejahteraan kehidupan masyarakat sejagat. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar Kedah, YB Tuan Haji Mohamad Yusoff Zakaria berkata, kelestarian alam sekitar telah menjadi satu isu yang semakin mendesak untuk diberikan perhatian oleh semua pihak. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Pemerkasaan Kelestarian Komuniti Terkesan Akibat Perubahan Iklim dan Alam Sekitar bertempat di Masjid As-Sa'adah Kampung Tebengau di sini, hari ini. Tambahnya, penganjuran Program Pemerkasaan Kelestarian Komuniti yang Terkesan Akibat Perubahan Iklim dan Alam Sekitar itu amat signifikan untuk mewujudkan komuniti yang lestari berpandukan kepada Modul Kelestarian Alam Sekitar yang telah dibangunkan oleh para penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tegas beliau, menjadi tanggungjawab semua untuk melindungi alam sekitar bagi generasi masa depan dan tidak boleh mengabaikan impak yang akan menjejaskan bumi. "Oleh itu, marilah bersama-sama berganding bahu untuk membentuk satu komuniti yang berdaya tahan, di mana kelestarian alam sekitar menjadi keutamaan," ujarnya lagi. Beliau berharap agar sinergi dan komitmen semua agensi yang terlibat dapat membantu usaha kerajaan dalam memastikan pengurusan alam sekitar dilakukan dengan cara yang terbaik dan berkesan. "Semoga usaha kita akan terus memberi manfaat kepada komuniti setempat dan menjadikan persekitaran tempat tinggal yang lebih selesa untuk didiami," kata beliau. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/2/2024, 3:14:45 PM 

Tiada ulasan