Header Ads

test

BERAS KEDAH BAKAL DIREALISASIKAN ALOR SETAR – Para saintis dan pakar dalam pengkhususan padi telah bekerjasama dengan kerajaan ...


BERAS KEDAH BAKAL DIREALISASIKAN ALOR SETAR – Para saintis dan pakar dalam pengkhususan padi telah bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam merealisasikan Beras Kedah. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan Negeri Kedah, YB Haji Dzowahir Ab Ghani berkata nasib pesawah yang merupakan 'power house' sektor pertanian padi perlu diberi perhatian. "Dengan kos input pertanian yang tinggi, hasil pendapatan yang sangat rendah, keringat mereka diperah dengan balasan tidak setimpal," ujarnya dalam Sesi Penggulungan Sidang DUN Negeri Kedah Ke-15, hari ini. Menurut beliau, kerajaan negeri turut mengusahakan 'Projek Padi 5 Musim 2 Tahun' dan Jabatan Pertanian telah menaiktaraf kemudahan yang sedia ada, membina sistem pengairan dan saliran, juga menjalankan perataan tanah sawah untuk memberikan kemudahan dan kelancaran projek tersebut. Jelasnya lagi, tindakan kerajaan pusat menaikan harga belian padi bukanlah suatu mekanisme jangka panjang yang membantu memulihkan industri ini bahkan menyebabkan harga input semakin tinggi sekaligus menjejaskan rantaian pasaran. Tambah beliau, subsektor tanaman lain seperti getah tidak diketepikan dan turut menjadi tumpuan. "Strategi dan inisiatif telah dirangka dan dalam tindakan perlaksanaan oleh setiap agensi peneraju bagi Sektor Pertanian. "Tidak hanya berbicara berkaitan penghasilan usahawan atau penghasilan produk baru tetapi perancangan serta tindakan bagi memastikan golongan agromakanan dan agrikomoditi ini kekal relevan, berpendapatan setimpal atau tinggi dan berdaya saing di dalam pasaran yang mencabar," jelas beliau lagi. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangdunkedah15 -UPDA 3/7/2024, 12:27:10 PM 

Tiada ulasan