Header Ads

test

DASAR BELIA KEDAH BAKAL DITUBUHKAN ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah melalui Jawatankuasa Belia dalam perancangan mewujudkan ...


DASAR BELIA KEDAH BAKAL DITUBUHKAN ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah melalui Jawatankuasa Belia dalam perancangan mewujudkan dasar khusus golongan belia Kedah bagi melibatkan golongan belia dalam merealisasikan The Greater Kedah. Menurut EXCO Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, YB Haji Muhammad Radhi Haji Mat Din, kerajaan telah mewujudkan Dasar Belia Malaysia (DBM) melalui Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai panduan pelan strategik untuk 20 tahun akan datang. "DBM yang diperkenalkan oleh kerajaan pada April 2015 yang mengandungi pelbagai elemen untuk rujukan pembangunan belia dalam tempoh 20 tahun," ujarnya dalam Sidang DUN Negeri Kedah Ke-15. Dalam perkembangan lain, beliau turut menerangkan berkenaan pelan rujukan khusus dalam pembangunan belia di negeri Kedah. Jelasnya, kerajaan negeri telah mewujudkan satu pelan strategik di bawah Jawatakuasa Belia yang mempunyai empat objektif strategik iaitu penjanaan ekonomi belia, penyerlahan dan pengukuhan kepimpinan belia, membudayakan kesukarelawanan kepada generasi belia serta pembangunan belia rabbani. Tambah beliau, Sekretariat Belia Sejahtera turut diwujudkan diperingkat negeri yang akan bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Majlis Belia Negeri dalam memastikan pembangunan belia dapat dibuat secara menyeluruh merangkumi pembangunan insan, pertanian, usahawan, inovasi dan lain-lain. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangdunkedah15 -UPDA 3/5/2024, 12:36:18 PM 

Tiada ulasan