Header Ads

test

KAJI SEMULA PERSEMPADANAN UNTUK KESELESAAN PENDUDUK ALOR SETAR – Persempadan semula mukim perlu diselaraskan dengan pertambahan...


KAJI SEMULA PERSEMPADANAN UNTUK KESELESAAN PENDUDUK ALOR SETAR – Persempadan semula mukim perlu diselaraskan dengan pertambahan penduduk di setiap daerah. ADUN Anak Bukit, YB Rashidi Razak berkata sebanyak 122 mukim dalam 12 daerah di negeri Kedah mengalami kepadatan penduduk. "Kerajaan perlu membuat semakan semula berkenaan pertambahan penduduk. "Dulu, banyak kampung disusun mengikut mukim. Tetapi dengan pertambahan penduduk, rumah, perumahan, dan taman, mukim kini menjadi padat," katanya ketika membahas usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Sultan Kedah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman pada Selasa. Tambah Rashidi, pihak berkuasa perlu mengkaji semula mukim-mukim terlibat untuk memudahkan akses rakyat kepada penghulu dan kemudahan asas lain. "Saya mohon kepada pihak yang berwajib supaya mengkaji dan buat semakan semula kepada mukim-mukim terbabit supaya memudahkan rakyat bersama dengan pentadbiran kerajaan, memudahkan rakyat bertemu dengan penghulu dan memudahkan rakyat mendapat kemudahan asas" katanya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangdunkedah15 -UPDA 3/5/2024, 6:15:40 PM 

Tiada ulasan