Kedah Agro mengorak langkah untuk memainkan fungsi yang sebenar semasa arwah Ustaz Azizan jadi MB. Ketika itu Ustaz Azizan mela...
Kedah Agro mengorak langkah untuk memainkan fungsi yang sebenar semasa arwah Ustaz Azizan jadi MB. Ketika itu Ustaz Azizan melahirkan gagasan Kedah sebagai Belanda Timur atau Holland of The East. Lawatan dibuat untuk mempelajari teknologi pertanian di Mesir dan Kedah merangka untuk jadi negeri pengeluar hasil sitrus. Beberapa tapak dirancang untuk jadi ladang termasuk di Charok Genting Bunga Padang Terap dan Bukit Tangga Kubang Pasu. Di Charok Genting Bunga, projek itu dibantah oleh segelintir pihak didalangi pemimpin UMNO yang menuduh pemimpin kerajaan negeri buat helah curi balak. Akhirnya ladang itu dapat juga diwujudkan namun tidak sempat untuk direalisasikan sepenuhnya. Setelah Kerajaan pimpinan Ustaz Azizan tumbang pada PRU 2013, projek ladang itu tidak diteruskan sebagaimana yang beliau rancang oleh Kerajaan BN yang ambik alih. Lebih menyedihkan sebuah pusat pengumpulan dan kilang mengetin buah buahan yang sudahpun beroperasi di Sg Petani juga tidak diteruskan. Pusat itu sebelumnya telah memberi banyak manfaat kepada orang kampung mewujudkan rantaian ekonomi untuk mereka kutip & jual buah buahan yang terbiar di laman rumah untuk diproses sebagai produk agro yang laris. Sayangnya, polisi scrap off yang diamalkan Kerajaan UMNO BN ketika itu menyebabkan usaha murni ini bukan sahaja tidak mencapai matlamat malah membazirkan begitu banyak sumber. Ini yang sebenarnya amat amat merugikan. Bagi orang yang hatinya kurang terang, mereka sekadar mampu melihat kerugian dalam bentuk wang yang dilaburkan, bukan hasrat murni dan tujuan pelaburan itu. Untuk memulakan satu usaha, sudah tentu memerlukan pelaburan. Yang merugikan bukanlah pelaburan itu tetapi apabila usaha itu terbengkalai setelah jatuh ke tangan orang yang tidak reti mengurus, tidak ada daya dan iltizam untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat kepada rakyat. Lebih teruk apabila hati sanubari mereka dirasuk oleh perasaan dengki dan iri hati tidak mahu projek projek yang berfaedah seperti itu memberikan political mileage kepada pihak yang mencetuskannya. Amat malang sekali rakyat Kedah. Gagasan besar Almarhum Ustaz Azizan ialah menjadikan Kedah negeri pengeluar makanan berasaskan agro utama negara malah di Asia Tenggara. Lama sebelum orang lain bercakap mengenai isu food security, beliau sudah memikirkan usaha alternatif sebagai langkah menghadapi masalah ini. Sayang sekali usaha itu telah digagalkan oleh pemimpin UMNO BN yang mengambil alih kerajaan selepas itu. Ketua Penerangan UMNO Kedah ini ternyata mengambil langkah sumbang apabila membawa argumen yang seperti ini. Ia ibarat bola tanggung yang akan makan diri jika Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor memilih untuk menjawab kenyataannya yang dangkal ini. Sama ada Dato Seri Sanusi mahu jawab atau tidak kepada orang yang telah dinasihatkannya supaya 'masuk tadika semula' ini sama sama kita tengok. Muhamad Mat Yakim Setiausaha Akhbar kepada YAB Menteri Besar Kedah -UPDA 3/25/2024, 9:30:25 AM
Post a Comment