Header Ads

test

KEDAH AKAN ADAKAN SOLAT SUNAT ISTISQA BESAR-BESARAN ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah akan mengadakan Program Solat Sunat Ist...


KEDAH AKAN ADAKAN SOLAT SUNAT ISTISQA BESAR-BESARAN ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah akan mengadakan Program Solat Sunat Istisqa secara besar-besaran di beberapa tempat yang tidak menerima hujan. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria tindakan itu diputuskan dalam Mesyuarat Exco Negeri Kedah hari ini rentetan cuaca panas dan kurang penurunan hujan sehingga mengakibatkan paras empangan air di beberapa tempat kritikal. Katanya, program ini salah satu usaha selain apa yang telah dibuat oleh Syarikat Air Darul Aman (SADA) iaitu menghantar bekalan air menggunakan lori dan pemasangan pam air. "Baru-baru ini di Sungai Muda mengalami penyusutan air yang sangat ketara dan menjejaskan operasi Loji Rawatan Air di Bukit Selambau dan Pinang Tunggal," ujar beliau dalam sesi sidang media selepas Mesyuarat Exco Negeri Kedah di Wisma Darul Aman. Walau bagaimanapun jelasnya, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) telah membuat pelepasan air sebanyak 10 m3/s dan dilaporkan paras air semakin stabil. Tambah beliau, rentetan paras empangan air di Bukit Malut, Langkawi agak kritikal, hari ini diadakan solat sunat istisqa untuk memohon pertolongan Allah agar diturunkan hujan. Terkini, katanya sebanyak 91 buah lori air disediakan dan akan ditambah lagi pada musim perayaan supaya semua rakyat mendapat bekalan air. Beliau berharap agar seluruh rakyat menggunakan air dengan lebih berhemah dan berjimat cermat. "Musim panas ini orang mandi kerap, orang pakat siram pokok, jadi kadar pengeluaran air sudah lebih daripada design kapasiti iaitu sebanyak 1452 juta liter sehari tetapi pengeluaran setakat ini 1600 juta liter sehari melebihi kemampuan," kata beliau. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/20/2024, 5:05:21 PM 

Tiada ulasan