Header Ads

test

KEDAH TARIK MINAT PELABUR BAHARU ALOR SETAR – Delegasi kerajaan Kedah ke China berjaya menarik minat syarikat untuk melabur ke...


KEDAH TARIK MINAT PELABUR BAHARU ALOR SETAR – Delegasi kerajaan Kedah ke China berjaya menarik minat syarikat untuk melabur keseluruhannya bernilai RM50 bilion. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Haim Hilman Abdullah, delegasi tersebut telah bertemu dengan lapan syarikat berpotensi dan mempromosikan kawasan perindustrian strategik di Kedah. "Negeri Kedah telah menggariskan beberapa strategi dan inisiatif dengan memberi tumpuan untuk menarik sebanyak mungkin pelaburan dalam sektor semiconductor dan Green Energy khususnya dari China, US, Jepun dan Eropah. "Secara khususnya, pada Januari 2024, Kerajaan Negeri telah menghantar delegasi pelaburan di bawah Jawatankuasa Tetap Industri & Pelaburan untuk menerokai peluang pelaburan di Negara China. "Jumlah pelaburan kita yang mana meraka menunjukan minat untuk melabur di negeri kita adalah pada jumlah sekitar RM50 bilion," katanya ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ke-15 di Wisma Darul Aman, hari ini. Dalam masa yang sama, Haim Hilman menekankan perlunya sokongan kerajaan Persekutuan bersatu untuk kepentingan negara dengan ketepikan perbezaan politik. "Kita mengharapkan supaya sokongan kerajaan pusat kepada kita dan mengenepikan perbezaan kita dalam konteks politik kerana merugikan bangsa, merugikan negeri dan merugikan negara kita. "Kita harus berani dan yakin melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara tidak memisah-misahkan kita atas nama kita ini adalah negeri tidak sealiran dengan kerajan di peringkat Persekutuan sana" tegasnya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangdunkedah15 -UPDA 3/5/2024, 3:45:20 PM 

Tiada ulasan