KEDAH2035: KE ARAH MENCAPAI THE GREATER KEDAH ALOR SETAR - Pelan Pembangunan Kedah 2035 (KEDAH2035) adalah landasan strategik ...
KEDAH2035: KE ARAH MENCAPAI THE GREATER KEDAH ALOR SETAR - Pelan Pembangunan Kedah 2035 (KEDAH2035) adalah landasan strategik dalam memacu pertumbuhan dan kemajuan pembangunan negeri. Ciri-ciri dinamik yang telah diterapkan dalam KEDAH2035 perlu disesuaikan dengan keperluan pembangunan baharu ke arah mencapai The Greater Kedah. Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah kali ke-15 di Wisma Darul Aman hari ini. Baginda juga mahu seluruh aspek berkepentingan kepada negeri meliputi pembangunan ekonomi, sosial, hasil bumi, kekuatan fiskal, tadbir urus, perundangan dan kehakiman negeri, serta kerjasama strategik dan perancangan geopolitik harus diperkasakan. "Sebagai asas perancangan, Pelan Pembangunan Kedah 2035 (KEDAH2035) yang sedang dilaksanakan harus diteruskan. "Ciri dinamik yang diterapkan dalam KEDAH2035, perlu diguna untuk disesuaikan dengan keperluan pembangunan baharu ke arah mencapai The Greater Kedah," titah Baginda. Tambah Sultan Sallehuddin, anggota penjawat awam digesa sentiasa positif dan progresif dalam menjayakan pembangunan yang dirancang. "Bagi menjayakan agenda yang dirancang, penjawat awam harus berfikiran positif dan progresif, bukan terlalu selesa dengan amalan kelaziman," titah Baginda. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sidangDunKedah15 -UPDA 3/4/2024, 3:00:57 PM
Post a Comment