Header Ads

test

KERJASAMA YANG ERAT DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT ALOR SETAR – Kerajaan negeri menegaskan akan bekerjasama dengan Jabatan Pertania...


KERJASAMA YANG ERAT DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT ALOR SETAR – Kerajaan negeri menegaskan akan bekerjasama dengan Jabatan Pertanian dan Lembaga Pertanian Muda (MADA) dalam mengendalikan kawasan penanaman padi walaupun berbeza kepentingan politik. Menteri Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor mengakui wujudnya politik kuno yang mencuba mengasingkan antara kerajaan negeri dan agensi-agensi Persekutuan. Tambahnya, kerjasama erat penting dalam menghadapi cabaran keterjaminan makanan pada tahun mendatang. "Saya buat teguran terbuka di dewan yang mulia ini, supaya jabatan dan agensi di Kedah, baik di pihak kementerian, menjalinkan kerjasama erat dan padu untuk menghadapi cabaran bersama pada tahun mendatang. "Saya beri jaminan sebagai kerajaan negeri bersifat terbuka dan memahami fungsi dan tanggungjawab kita, kerajaan negeri sentiasa mengamalkan tangan terbuka dan mengalu-alukan kerjasama kepada agensi sebesar MADA dan Jabatan Pertanian untuk kita pastikan kebimbangan seluruh penduduk dunia tentang bekalan makanan semakin meruncing yang berlaku pada waktu ini dapat di atasi," ," ujarnya ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ke-15 di Wisma Darul Aman. Dalam perkembangan yang sama, Muhammad Sanusi turut mengucapkan penghargaan kepada kerajaan Persekutuan atas peruntukan sebanyak RM3 bilion untuk pembinaan parit tersier baharu. "Saya difahamkan sudah ada pihak untuk melaksanakan projek itu bagi memastikan bekalan air untuk tanaman padi dapat dilakukan sebaik mungkin bagi menjayakan tanaman padi 5 kali dua tahun. "Walau bagaimanapun, projek-projek ini mestilah dilaksanakan dengan kerjasama rapat kerajaan negeri, kerana pembinaan Kesir nanti akan melibatkan pengambilan tanah dan pembinaan infrastruktur yang saya yakin, jika tidak dilaksanakan secara bersama dengan kerajaan negeri, projek ini akan mengalami masalah," katanya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #SidangDunKedah15 -UPDA 3/5/2024, 1:34:01 PM 

Tiada ulasan