Header Ads

test

KUBANG PASU: DAERAH ILMU DAN LOGISTIK KUBANG PASU - Pelan Pembangunan Negeri Kedah 2035 telah menetapkan daerah Kubang Pasu seb...


KUBANG PASU: DAERAH ILMU DAN LOGISTIK KUBANG PASU - Pelan Pembangunan Negeri Kedah 2035 telah menetapkan daerah Kubang Pasu sebagai 'Daerah Ilmu dan Logistik'. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria berkata masyarakat Kubang Pasu perlu menjadi contoh kepada daerah lain untuk mengorak langkah dalam memastikan ilmu pengetahuan dan kemahiran dapat diwarisi dan dikembangkan agar ilmu tersebut tidak hilang begitu sahaja. Ilmu yang dimaksudkan beliau adalah seperti yang dimiliki oleh guru al-Quran sukarela, bidan kampung, bomoh patah, mudim, penggali kubur dan tukang mandi jenazah. "Saya sangat berbesar hati dan berbangga dengan kebolehan, semangat serta daya usaha mereka yang masih terus berjuang memartabatkan pekerjaan yang mulia ini walaupun berhadapan dengan cabaran dari segi teknologi perubatan moden yang sentiasa berubah dari masa ke semasa," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Besar Kedah ke Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa di Daerah Kubang Pasu bertempat Masjid Jamek As-Salam, Megat Dewa, Kodiang. Tambahannya lagi, kemahiran-kemahiran ini sukar untuk didokumentasikan dalam bentuk penulisan dan multimedia serta kerana tiada usaha di kalangan kita untuk memelihara dan mengembangkannya kepada umum. Menurut beliau, kerajaan negeri tidak pernah merasa jemu untuk terus memberi pengiktirafan kepada semua yang terlibat dalam usaha mengekalkan warisan itu mengikut bidang pengkhususan masing-masing. "Kepada tok-tok bidan, tok mudim, penggali kubur, bomoh patah dan tukang mandi jenazah, janganlah pernah jemu untuk terus memberi khidmat bakti yang tulus ikhlas yang dicurahkan untuk masyarakat setempat," katanya. Seramai 600 orang menerima sumbangan hari ini terdiri daripada guru al-Quran, bidan kampung, tok mudim, tukang mandi jenazah, tukang gali kubur, bomoh patah dan saudara baharu. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/26/2024, 8:00:28 AM 

Tiada ulasan