Header Ads

test


 Exco Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali hadir ke Program Sehari Bersama Masyarakat untuk menyantuni masyarakat sekitar mukim Sidam Kanan.


Terdapat beberapa program yang dijalankan serentak iaitu Program Bantuan Back To School, Program Tukar Topi Keledar Baru oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya, Sepak Penalti, pemeriksaan kesihatan, pameran agensi dan acara mewarna kanak-kanak.


Turut bekerjasama menjayakan program,  Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Kulim Hi Tech yang diwakili Ketua Unit Korporat, Puan Nurulhaida Razab; Pejabat Zakat Kulim, Perkeso Kulim, Jabatan Kebajikan Masyarakat Kulim, Papisma Kedah, Pasti Padang Serai dan Pusat Khidmat Dun Merbau Pulas.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#urussetiapenerangandarulaman

#UPDA

Tiada ulasan