Negeri Kedah sedang dilanda musim kemarau dan Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran cuaca panas gelombang haba di bebera...
Negeri Kedah sedang dilanda musim kemarau dan Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran cuaca panas gelombang haba di beberapa daerah dalam negeri Kedah dengan ramalan suhu boleh mencecah sehingga 40 darjah celcius. Oleh itu, semua daerah digalakkan membuat solat sunat istisqa' untuk memohon agar Allah SWT menurunkan hujan. Ibn 'Abd al-Bar berkata: "Para ulama telah ber'ijma bahawa keluar beramai-ramai untuk solat Istisqa' dengan berdoa dan memohon kepada Allah untuk menurunkan hujan ketika musim kemarau dan kekeringan melanda hukumnya adalah sunat, yang telah disunnahkan oleh Rasulullah SAW tanpa ada perbezaan pendapat oleh para ulama dalam hal ini." Daripada Abu Hurairah RA, katanya: خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا يَسْتَسْقِى فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ بِلاَ أَذَانٍ وَلاَ إِقَامَةٍ ثُمَّ خَطَبَنَا وَدَعَا اللَّهَ وَحَوَّلَ وَجْهَهُ نَحْوَ الْقِبْلَةِ رَافِعًا يَدَيْهِ ثُمَّ قَلَبَ رِدَاءَهُ فَجَعَلَ الأَيْمَنَ عَلَى الأَيْسَرِ وَالأَيْسَرَ عَلَى الأَيْمَنِ Maksudnya: "Pada suatu hari Rasulullah SAW keluar untuk melakukan solat Istisqa'. Kemudian Baginda bersolat bersama-sama kami sebanyak dua rakaat tanpa azan dan iqamah. Seterusnya Baginda berkhutbah dan berdoa kepada Allah sambil memalingkan mukanya ke kiblat dan mengangkat kedua-dua belah tangan tangannya. Kemudian Baginda membalikkan selendangnya yang kanan ke kiri dan yang kiri ke kanan." (Riwayat Ibn Majah) #RamadanKareem #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/27/2024, 8:30:07 PM
Post a Comment