Header Ads

test

PELAWAAN PENCALONAN BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS IKATAN MAHASISWA DARUL AMAN (MINDA) Assalamualaikum WBT. Berita baik buat seluru...


PELAWAAN PENCALONAN BARISAN KEPIMPINAN MAJLIS IKATAN MAHASISWA DARUL AMAN (MINDA) Assalamualaikum WBT. Berita baik buat seluruh mahasiswa Kedah dan anak Kedah yang sedang menuntut di IPT dalam dan luar negara. Kerajaan Negeri Kedah telah menubuhkan suatu jawatankuasa rasmi mahasiswa yang akan bertindak menaungi mahasiswa Kedah dan anak Kedah. Kriteria yang dicari adalah seperti berikut: 1) Masih bergelar pelajar aktif di IPT dalam dan luar negara. 2) Merupakan anak jati Kedah atau sedang bermastautin di negeri Kedah. 3) Bermotivasi tinggi untuk berkhidmat buat negeri Kedah. 4) Mempunyai pengalaman dalam organisasi dan dunia kepimpinan pelajar. 5) Mempunyai akhlak yang baik dan sedia memberikan komitmen. Pencalonan dibuka bermula 4 Mac 2024 sehingga 11 Mac 2024. Anda boleh mengisi pencalonan di https://bit.ly/pencalonanminda Sebarkan kepada seluruh mahasiswa Kedah dan anak Kedah yang mempunyai ciri kepimpinan terbaik. Sekian, terima kasih. Sekretariat : Pejabat YB Dr. Haim Hilman Abdullah, EXCO Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi Negeri Kedah -UPDA 3/5/2024, 8:11:04 AM 

Tiada ulasan