Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin menghadiri Majlis Perasmian MATTA Fair Mac 2024 bertempat di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Beliau turut berpeluang mengunjungi Dewan Pameran yang hampir setiap reruainya menyajikan tawaran-tawaran hebat serta memberikan maklumat kepada pengunjung. MATTA (Malaysian Association of Tour and Travel Agents) merupakan pemain utama dalam industri pelancongan sejak lebih empat dekad lalu. Peranan dan sumbangannya dalam menjulang dan memperkasa sektor tersebut di negara ini tidak pernah berkurang malah semakin berganda dari semasa ke semasa. "Melalui kunjungan ke MATTA Fair Mac 2024 banyak perkara baharu yang dapat dipelajari dan ia penting dalam ikhtiar untuk memantapkan kesiapsiagaan bagi menjayakan Tahun Melawat Kedah 2025. "Tahun yang kita hasratkan akan meletakkan nama Kedah pada suatu aras baharu dalam industri pelancongan di negara ini," katanya. Perasmian MATTA Fair Mac 2024 disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/24/2024, 10:17:34 AM 

Tiada ulasan