Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


ADUN Bandar Baharu, YB Dr Mohd Suffian Yusoff meninjau persiapan akhir penyaluran bekalan air bersih ke Mukim Sungai Kecil Ilir dan Mukim Relau, pada Rabu. Beliau memaklumkan, penanaman paip utama telah siap sepenuhnya. Katanya, pengujian tekanan dan isipadu air dari tangki bukit 300 kaki ke tangki Relau sedang dilakukan dan ianya menunjukkan tekanan yang memuaskan. "Tangki di Relau pada asasnya sudah sedia menerima air dan berada pada fasa akhir bagi penyaluran air ke kawasan sekitarnya. "Dijangka penduduk akan menerima air bersih dari tangki ini sebelum Aidilfitri yang bakal menjelang tiba dua minggu lagi," ujarnya. Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada SADA, JKR dan kontraktor yang berhempas pulas menyiapkan Loji Rawatan Air Lubuk Buntar demi keselesaan penduduk. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/28/2024, 11:15:55 AM 

Tiada ulasan