Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Strategik Lestari (YSL) di Pejabat Wisma Darul Aman. Delegasi diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Ir Haji Mohamed Ajmel; Pengarah Bahagian Pembangunan Korporat, Hj Zikrullah; Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Korporat, Tuan Naim Syukri dan Felo YSL, Prof Ts Dr. Suhaidi Hassan. YSL merupakan sebuah syarikat yang berfungsi sebagai pencetus kepada kelestarian alam di Malaysia. Dalam kunjungan itu, YSL turut menyerahkan kertas cadangan program sempena Hari Bumi peringkat Negeri Kedah. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/25/2024, 11:17:56 AM 

Tiada ulasan