Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Dataran Masjid An-Nur Daerah Pokok Sena telah dipilih sebagai lokasi untuk mengadakan Solat Sunat Istisqa' Peringkat Negeri Kedah dengan mempertimbangkan suhu yang sangat panas di daerah ini. Dengan rasa syukur atas kesungguhan niat dan istighfar yang telah kita panjatkan, Allah SWT telah mengurniakan hujan di daerah ini semalam dan hujan lebat di beberapa daerah lain dua hari yang lalu. Oleh kerana hilangnya sebab maka solat istisqa' tidak dilanjutkan dan diganti dengan solat sunat hajat. Namun, pelaksanaan solat ini tidak berhenti di situ. Jika kepanasan dan kekeringan berlanjut, menyeru agar pejabat daerah, masjid, dan agensi lain dapat melaksanakan solat istisqa' di tempat masing-masing. Turut hadir adalah Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Barisan EXCO Kerajaan Negeri, ADUN-ADUN, dan pegawai-pegawai jabatan daerah Pokok Sena. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah -UPDA 3/28/2024, 12:15:12 PM 

Tiada ulasan