Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Minggu pertama pada bulan Februari 2024, Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor banyak mengendalikan mesyuarat penting antaranya bersama Kedah Invest, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Mesyuarat EXCO Negeri Kedah. Sempena perayaan Tahun Baru Cina, diadakan gimik penyerahan Hamper Tahun Baru Cina pada 7 Februari dan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Kedah diadakan 16 Februari. Pada 17 Februari, Dato' Seri menyertai Program Charity Ride PKNK & MB di Dataran Pantai Merdeka serta turut menyampaikan sumbangan dan wakalah kepada asnaf-asnaf, pesakit terlantar dan orang-orang tua sekitar Pantai Merdeka. Seterusnya, Menteri Besar juga turut diziarahi oleh Sheikh Sayed Aly Abdul Majid Abdul Samir, ulamak Mesir di kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Mentaloon. YAB berkesempatan memperdengarkan bacaan surah al-fatihah untuk disemak oleh Sheikh. Bermula 18 Februari hingga 21 Februari, Dato' Seri menghadiri beberapa mesyuarat bersama kerajaan persekutuan iaitu Mesyuarat Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Raja-Raja dan YDP Negeri, Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-142, Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang Ke-265. Penghujung Februari, Menteri Besar bersama delegasi kerajaan negeri ke Belgium untuk lawatan kerja. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MenteriBesarKedah #Thegreaterkedah -UPDA 3/1/2024, 3:19:24 PM 

Tiada ulasan