Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Sambutan Hari Wanita Peringkat DUN Kubang Rotan telah dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Mohd Salleh Saidin. Majlis berkenaan berlangsung di Pusat Khidmat DUN Kubang Rotan, Kuala Sungai. Sambutan Hari Wanita Peringkat DUN itu disempurnakan oleh isteri kepada Menteri Besar Kedah, Tok Puan Hajjah Jusmalailani Jusoh. Hadir sama Pengurus Kanan Kewangan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) Junaidi Abidin dan Pengerusi Puspanita PKNK Datin Wira Noor Afza Osman. Majlis tersebut turut diadakan Ceramah Motivasi 'Hak-hak Wanita' oleh Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Kedah, Ustazah Dr Hajjah Faridah Haji Ahmad. Dalam majlis yang sama, sumbangan wakalah zakat PKNK dan kotak makanan Pusat Khidmat DUN diberikan kepada penerima terpilih di dalam DUN Kubang Rotan. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/9/2024, 8:13:12 AM 

Tiada ulasan