Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin berkesempatan menyaksikan sesi latihan pertama Skuad Futsal Kedah yang bakal mengharungi cabaran Malaysia Premier Futsal League (MPFL) Divisyen 2 musim ini. Sesi latihan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar. Selaku Pengerusi Jawatankuasa Futsal, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), beliau teruja melihat semangat yang ditunjukkan oleh setiap pemain yang akan membawa nama Kedah ke liga berprestij itu. Pihak KFA yakin penampilan muka-muka baharu dalam Skuad Futsal pada kali ini akan mampu membawa skuad negeri menamatkan cabaran pada kedudukan terbaik. YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin turut memberikan suntikan semangat supaya berjuang seupaya mungkin dalam saingan yang dijadualkan bermula pada Mei atau Jun nanti. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/26/2024, 11:18:38 AM 

Tiada ulasan