Header Ads

test

RAKYAT SAMBUT BAIK KETEGASAN SULTAN KEDAH PERTAHANKAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ALOR SETAR - Ketegasan Sultan Sallehuddin menyeru a...


RAKYAT SAMBUT BAIK KETEGASAN SULTAN KEDAH PERTAHANKAN UNDANG-UNDANG SYARIAH ALOR SETAR - Ketegasan Sultan Sallehuddin menyeru agar memperkasakan Mahkamah Syariah dalam titah baginda pada Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang DUN Kedah yang ke-15 disambut baik oleh kerajaan negeri dan seluruh rakyat negeri Kedah. ADUN Pengkalan Kundor, YB Mardhiyyah Johari berkata Baginda menitahkan agar penubuhan Mahkamah Syariah hendaklah diletakkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah sebagai langkah pemerkasaan sebagaimana Mahkamah Sivil disebut dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan. "Jika ini dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kedah maka Kedah menjadi negeri terawal dan proaktif dalam mengambil langkah dari sudut undang-undang untuk mempertahankan mahkamah syariah. "Untuk titah ini patik lafazkan Daulat Tuanku," ujarnya ketika sesi perbahasan Titah Ucapan Tuanku Sultan Kedah dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah ke-16 di Wisma Darul Aman, hari ini. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #Sidangdunkedah15 -UPDA 3/5/2024, 7:15:50 PM 

Tiada ulasan