Header Ads

test

SKIM PINJAMAN MIKRO KREDIT I-SEJAHTERA DIPERKENALKAN ALOR SETAR - Sebuah Skim Pinjaman Mikro Kredit I-Sejahtera Negeri Kedah te...


SKIM PINJAMAN MIKRO KREDIT I-SEJAHTERA DIPERKENALKAN ALOR SETAR - Sebuah Skim Pinjaman Mikro Kredit I-Sejahtera Negeri Kedah telah diperkenalkan bagi membantu golongan belia. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Keusahawanan, YB Dato' Mohd Salleh Saidin ketika menjawab soalan daripada ADUN Gurun YB Baddrol Bakhtiar berkenaan Skim Pinjaman Mikro untuk belia. Menurut beliau, pinjaman mikro kredit itu diberikan kepada individu yang berkelayakan melalui Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK). "Melalui Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK), kerajaan negeri akan memberikan bantuan pinjaman kepada semua usahawan yang memerlukan, termasuk golongan belia di bandar dan kampung-kampung," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah ke-15 di Wisma Darul Aman, hari ini. Kata Salleh Saidin, pembiayaan mikro yang ditawarkan antara RM 3,000 hingga RM 10,000. "Pinjaman yang diberi nama Skim Pinjaman Mikrokredit i-Sejahtera Negeri Kedah akan dibuka awal bulan April dan dibuka bermula RM 3,000.00 sehingga maksimum RM 10,000.00 mengikut kelayakan. "Kluster perniagaan yang layak boleh memohon skim pembiayaan dan geran I-Sejahtera termasuk makanan dan minuman (F&B), kesihatan dan kecantikan, fesyen dan teksil, automotif, pencetakan dan pengiklanan, pertanian serta seni, dan kraf," ujar beliau. Tempoh bayaran balik bagi pinjaman mikro menurutnya adalah fleksibel, antara 36 bulan hingga 60 bulan, bergantung kepada jumlah pinjaman yang dipohon dan setiap bulan akan dikenakan caj sebanyak RM 5 sebagai bayaran tambahan. Tambahnya, skim berkenaan menawarkan peluang kepada usahawan-usahawan tempatan untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan sokongan kewangan yang mudah diakses. "Kerajaan negeri pada hari ini sentiasa perihatin terhadap keperluan para belia yang berada di bandar ataupun di luar bandar terutama yang bersangkutan dengan minat mereka terhadap bidang keusahawanan" jelas Salleh. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #Sidangdunkedah15 -UPDA 3/7/2024, 1:31:00 PM 

Tiada ulasan