Header Ads

test

UMAT ISLAM TIDAK HORMATI BULAN RAMADAN WAJAR DIBERI PENGAJARAN ALOR SETAR – Tindakan akan diambil terhadap mereka yang tidak me...


UMAT ISLAM TIDAK HORMATI BULAN RAMADAN WAJAR DIBERI PENGAJARAN ALOR SETAR – Tindakan akan diambil terhadap mereka yang tidak menghormati bulan Ramadan. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan kepada pihak berkuasa tempatan untuk meningkatkan pemantauan bagi memastikan umat Islam menghormati bulan Ramadan yang mulia ini. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Tanwir Ramadan Tahun 2024 yang dianjurkan oleh Pejabat Setiuasaha Kerajaan Negeri Kedah di Dewan Seri Mentaloon semalam. "Saya berharap agar Pihak Berkuasa Tempatan bersama Majlis Agama Islam Negeri Kedah memperketat penguatkuasaan di bandar raya Alor Setar dan seluruh negeri Kedah ini untuk mengambil tindakan terhadap umat Islam yang tidak menghormati bulan puasa tanpa rasa segan silu," katanya. Beliau menyeru kepada semua pihak samada dalam kerajaan mahupun masyarakat agar mengisi bulan Ramadan dengan melibatgandakan amal ibadat. "Saya menyeru kepada semua penjawat awam di Negeri Kedah agar tidak mensia-siakan peluang yang diberikan di bulan yang penuh barokah ini untuk melipatgandakan pahala," ujarnya. Tambah Sanusi lagi, tidak perlu dihebohkan setiap amalan dilakukan dan terpengaruh dengan trend semasa agar ia tidak menjadi sia-sia. "Benda yang kita persembahkan kepada Allah jangan persembahkan kepada makhluk," katanya. #UrusSetiaPeneranganDarulaAman #MenteriBesarKedah -UPDA 3/27/2024, 2:19:32 PM 

Tiada ulasan