Header Ads

test


 HARI WANITA: KEDAH RAIKAN IKON WANITA


ALOR SETAR: Buat julung kali, Majlis Kebajikan Negeri Kedah (MKNK) meraikan lima kategori ikon wanita bersempena Hari Wanita Peringkat Negeri Kedah. 


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato’ Hajjah Halimaton Shaadiah Saad lima kategori ikon tersebut terdiri daripada Badan Kebajikan, Usahawan, Kontraktor, Kepimpinan atau pendidikan dan kategori khas Anugerah Cemerlang. 


"Kita mempunyai ramai wanita yang memberi sumbangan dalam pelbagai bidang dan adalah wajar sumbangan mereka diiktiraf dan dihargai," ujarnya ketika merasmikan Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Kedah bertempat di Star Parade, di sini hari ini. 


Tambah beliau, Dasar Wanita Negeri Kedah adalah antara agenda penting yang sedang dibangunkan di negeri Kedah. 


Dasar ini, katanya akan menggariskan asas bagi pelan pembangunan wanita yang diselaraskan dengan perancangan Kedah 2035 bagi meletakkan negeri Kedah sebagai The Greater Kedah.  


Jelas Halimaton lagi, satu jawatan kuasa penggubal dasar ini telah ditubuhkan dan kini dalam proses menyusun atur dasar berkenaan yang akan menjaga kepentingan wanita.


"Kini Kedah sedang melonjak menjadi antara negeri ketiga dalam menerima pelaburan luar yang besar. 


"Justeru itu, dasar ini akan memastikan Wanita Kedah tidak ketinggalan dalam aspek Ekonomi, Pendidikan, Keselamatan, Kesejahteraan, Sistem Jaminan Sosial dan Kepimpinan," kata beliau.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan