Header Ads

test

YB BADDROL BAKHTIAR KEMBALI KE PASUKAN SANG KENARI ALOR SETAR - ADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar kembali ke pasukan Sang Kenari...


YB BADDROL BAKHTIAR KEMBALI KE PASUKAN SANG KENARI ALOR SETAR - ADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar kembali ke pasukan Sang Kenari sebagai Pengurus Pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC B bagi sesi kali ini. Beliau akan dibantu oleh dua individu yang telah lama berada dalam struktur kejurulatihan pasukan iaitu Victor Andrag sebagai Penolong Ketua Jurulatih Pasukan Liga Super KDA FC dan Abd Hadi Abd Hamid sebagai Penolong Jurulatih Liga Super KDA FC. Turut bersama Ketua Jurulatih Pasukan Liga Super Kedah iaitu Nafuzi Zain yang merupakan antara anggota pasukan yang memenangi Treble musim pertama tahun 2007. Pemilik KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar memaklumkan pihak pengurusan telah melakukan beberapa perubahan dalam struktur pengurusan pasukan Liga Super, pasukan Piala MFL (KDA FC B / U23), pasukan Piala Presiden (KDA FC C / U20) dan Piala Belia (KDA FC D / U18) bagi memastikan selaras dengan hasrat kelab untuk bersaing mengikut perancangan kewangan kelab lebih lestari musim ini. "Saya juga dengan bangganya mengumumkan perlantikan Pengarah Teknikal baharu KDA FC, iaitu bekas maestro bahagian tengah pasukan Kedah di zaman Double Treble, Nelson Marcelo San Martin Arriagada dari Chile. "Tugas dan fokus utama beliau adalah untuk merancang dan memantau bakat muda Kedah selain menjadi inspirasi buat anak muda ini membina DNA masa hadapan pasukan Sang Kenari,"ujarnya dalam Sidang Media KDA FC, hari ini. Jelas beliau, berkenaan status terkini tunggakan gaji, KDA FC dalam proses melunaskan sebahagian tunggakan iaitu 50 peratus baki gaji pasukan musim 2023. Tambahnya, pihak pengurusan memandang serius dan mengambil iktibar atas semua isu yang berlaku dan merancang penyelesaian secara berhemah dan teliti agar kelab dapat meneruskan perancangan dan hala tuju masa hadapan dalam saingan Liga Malaysia. Pihak kelab juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan pihak kerajaan negeri Kedah yang mempertimbangkan pengurangan jumlah sewaan bagi premis-premis, pejabat operasi serta hub latihan yang dibawah milik kerajaan negeri. "Dikala kelab menghadapi tuntutan menyelesaikan tunggakan, ruang, masa dan kepercayaan dari semua pihak berkepentingan amatlah mustahak bagi menongkah arus yang cukup deras namun tiada arus yang tidak dapat diharung jika pihak pengurusan, pasukan dan peminat mengembleng tenaga untuk melihat pasukan Sang Kenari terus terbang tinggi," katanya. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 3/25/2024, 3:21:41 PM 

Tiada ulasan