Header Ads

test

Abdullah bin Umar RA merekodkan bahawa Nabi S.A.W bersabda, “sebahagian orang selalu meminta-minta hingga ketika sampai di hari ...


Abdullah bin Umar RA merekodkan bahawa Nabi S.A.W bersabda, "sebahagian orang selalu meminta-minta hingga ketika sampai di hari kiamat, tidak ada sedikit pun daging di wajahnya." [HR. al-Bukhari dan Muslim] Dalam hadis lain, Ibnu Mas'ud RA meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "barang siapa meminta-minta, sedang dia mempunyai kecukupan, maka dia datang di hari kiamat dengan wajah yang tercakar-cakar." [HR. Ahmad; Shahih al-Jami': 6255] Dalam hadis lainnya Rasulullah S,A,W bersabda, "barang siapa meminta-minta, sedang dia mempunyai kecukupan, maka sungguh hanyalah memperbanyak bara api di jahannam. Para sahabat bertanya, berapakah kadar kecukupan yang menyebabkan dia tidak perlu meminta-minta? Rasulullah saw. Menjawab, dapat makan pagi dan makan petang." [HR. Abu Dawud; Shahih al-Jami': 7280] Kata ulama, mendidik anak-anak untuk tidak meminta-minta adalah langkah pertama untuk mengajar mereka tentang kebebasan dan kekuatan diri. Dengan tidak meminta-minta. Orang nak bagi, kita ambik. Tapi jangan sampai disuruh anak-anak pi dok mintak 😅 -UPDA 4/7/2024, 11:21:15 PM 

Tiada ulasan