Header Ads

test

BEKAS PEKERJA KAHB TERIMA PAMPASAN FAEDAH PENAMATAN PERKHIDMATAN ALOR SETAR – Seramai 20 orang bekas pekerja Kedah Agro Holding...


BEKAS PEKERJA KAHB TERIMA PAMPASAN FAEDAH PENAMATAN PERKHIDMATAN ALOR SETAR – Seramai 20 orang bekas pekerja Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) menerima pampasan selepas perkhidmatan mereka ditamatkan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI), Zafir Annuar Ghazali, pembayaran pampasan faedah notis penamatan perkhidmatan pekerja kepada 20 orang bekas pekerja KAHB berdasarkan kontrak perkhidmatan masing-masing. Beliau berkata kesemua mereka menerima pampasan antara RM6,000 hingga RM30,000 seorang. Jelas beliau lagi, pembayaran tersebut merupakan pelaksanaan janji yang telah dipersetujui antara pihak MBI dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) semasa perbincangan di Mahkamah Perusahaan pada 2 April yang lalu. "Saya telah memenuhi janji saya untuk membayar pampasan yang telah dipersetujui sebelum ini, "Insya Allah, dalam masa 2 hingga 3 bulan akan datang, tuan-tuan akan menerima gaji tunggakan seperti yang diminta," katanya ketika menyampaikan cek kepada bekas staf KAHB di Wisma Darul Aman hari ini. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #KAHB -UPDA 4/7/2024, 5:08:58 PM 

Tiada ulasan