Header Ads

test

BUDAYA BACA AL-QURAN SEBELUM MULA KERJA DAPAT SAMBUTAN ALOR SETAR – Kempen Bulan Solat dan Penghayatan Al-Quran yang dilancarka...


BUDAYA BACA AL-QURAN SEBELUM MULA KERJA DAPAT SAMBUTAN ALOR SETAR – Kempen Bulan Solat dan Penghayatan Al-Quran yang dilancarkan pada Januari 2024 mendapat sambutan yang baik daripada kakitangan awam. Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, kempen pembacaan Al-Quran setiap pagi sebelum memulakan kerja telah menjadi kewajipan terhadap kakitangan di Wisma Darul Aman. "Hari ini kita lihat jabatan-jabatan, agensi kerajaan telah menyambut kempen ini dengan menjadikan bacaan Al-Quran sebagai bacaan harian. Setiap hari kita membaca satu atau pun dua muka sehingga kita mampu khatam. "Kita juga akan memperluaskan agenda bacaan Al-Quran setiap pagi ini ke semua masjid dan institusi pendidikan di negeri Kedah," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Alor Setar Bertadarus dan Khatam Al-Quran di Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah, di sini, hari ini. "Saya mengharapkan agensi-agensi lain turut menyambut kempen bacaan Al-Quran ini supaya di negeri Kedah ini berkumandang bacaan Al-Quran setiap pagi di semua tempat. "Mari kita doakan agar usaha yang telah dilaksanakan ini dapat menjadi budaya di semua agensi, jabatan, masjid dan institusi pengajian," jelas beliau. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/2/2024, 2:00:28 PM 

Tiada ulasan