Header Ads

test



 Nurul Ezzatie Mustafa, 27, pesakit terlantar akibat penyakit buah pinggang dan kencing manis. 

Suaminya, Muhammad Hairil Shafizal dahulu bekerja kilang terpaksa berhenti kerja untuk menjaga si isteri sepenuh masa. 

Kata Hairil, isterinya perlu dipapah apabila ingin ke tandas dan wajib dialisis di Hospital Sultanah Bahiyah II (Hospital lama) selang tiga hari.

Keadaan beliau ini mendapat perhatian ADUN Pengkalan Kundor, YB Mardhiyyah Johari.

Mardhiyyah dan pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Pengkalan Kundor hadir menziarahi Ezzatie di Batas Paip dan menyerahkan sumbangan katil hospital serta keperluan makanan.

Diharapkan dengan bantuan yang diberikan ini meringankan keluarga untuk menguruskan Ezzatie setiap hari.

Turut hadir, Pengerusi MKK, Md Hadir, Setiausaha MKK, Fikri, Pegawai Khas ADUN, ShahrulFizi dan AJK PKWR, Shafie.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan