Header Ads

test





 Baru-baru ini, ADUN Lunas, YB Khairul Anuar Ramli menerima aduan berkaitan gangguan warga asing di Taman Kucai Indah 2, Kulim. 


Tindakan warga asing yang biadap dan tidak bertanggungjawab itu mengundang pelbagai reaksi negatif penduduk di kawasan tersebut.


Beliau mengambil inisiatif turun bertemu penduduk sambil mendengar aduan serta keluhan mereka. 


“Saya telah menghubungi syarikat yang menguruskan penginapan warga asing ini serta meminta mereka turun bertemu penduduk.


“Alhamdulillah pihak syarikat telah menghantar wakil bertemu serta mendengar aduan penduduk. Saya turut dimaklumkan pihak syarikat akan mengambil tindakan awal agar dapat meredakan kebimbangan penduduk,” ujarnya.


Beliau mengharapkan agar penyelesaian isu ini dapat dilakukan secepat mungkin.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#UPDA

Tiada ulasan