Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin mengadakan kunjungan ke Galeri Rundingan Baling di Sekolah Kebangsaan Tunku Putra, Baling semalam.
Galeri Rundingan Baling ini dibuka dan mempamerkan pelbagai peristiwa bersejarah berkaitan Baling yang berlaku sebelum kemerdekaan seperti Darurat di Tanah Melayu, Sejarah PKM, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Kezaliman Komunis, Pembanterasa Komunis di Tanah Melayu, Kesan Darurat, Kepimpinan Tempatan di Negeri Kedah dan Peristiwa Rundingan Baling.
Turut hadir bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Mejar (B) Mansor Zakaria; Pengarah Muzium Negeri, Encik Suhaidi Shukri; Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Encik Shahizan Affandi Zakaria dan Pegawai Daerah Baling, Dato' Haji Abdul Ghafar Yahya.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment