Header Ads

test





 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali merasmikan Kursus Perdana Haji 2024 / 1445H Peringkat Negeri Kedah di Dewan Wawasan, Jitra.

Kursus ini memberikan fokus kepada latihan praktikal manasik haji seperti Tawaf, Sa'ie, Berwukuf dan Melontar Jamrah sekali gus memberikan sedikit sebanyak gambaran sebenar di Tanah Suci nanti.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan Tabung Haji yang sentiasa peka dan mengambil berat tentang kebajikan jemaah serta memberikan ilmu kepada semua bakal jemaah haji.

Hadir Sama Tuan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pengurusan), Dr. Nadzman Mustafa; Mufti Negeri Kedah, Sohibus Samahah Dato' Paduka Syeikh Fadzil Haji Awang; Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji, Dato' Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman; Pegawai Daerah Kubang Pasu, Tuan Muhammad Mahazi Haji Ibrahim; Pengarah Tabung Haji Negeri Kedah, Tuan Haji Mohd Hanifah Kamarudin serta Ketua Kewangan Lembaga Tabung Haji Negeri Kedah, Tuan Haji Fisol Nayan.


“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan