Header Ads

test

MENGASAH BAKAT BARU DALAM SUKAN RAGBI ALOR SETAR - Kejohanan Ragbi Pra-Sukma Kedah MSNK AOR 7’s Tahun 2024 telah menampilkan ba...


MENGASAH BAKAT BARU DALAM SUKAN RAGBI ALOR SETAR - Kejohanan Ragbi Pra-Sukma Kedah MSNK AOR 7's Tahun 2024 telah menampilkan bakat-bakat muda yang bersemangat untuk beraksi di padang hijau. Seramai 21 pasukan yang terdiri daripada 12 pasukan lelaki dan 9 pasukan perempuan telah mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini. Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyambut baik pengajuran kejohanan seperti ini bagi meningkatkan kecemerlangan model insan sejajar dengan Plan Pembangunan Kedah 2035. "Kejohanan ini adalah sebahagian daripada persiapan ke Temasya Sukan Malaysia Sarawak, yang akan berlangsung pada 19 hingga 22 Ogos di Miri, Sarawak," katanya semasa Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Ragbi Pra-Sukma Kedah MSNK AOR 7's Tahun 2024 di Stadium Sultan Abdul Halim semalam. Dalam masa yang sama, beliau mengambil kesempatan merakamkan ucapan terima kasih penaja dan agensi yang mengambil bahagian untuk menjayakan kejohanan kali ini. "Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Muhd Akmal Firdaus yang telah sudi menjadi penaja utama dalam penganjuran kejohanan kali ini. 'Terima kasih daun keladi, kalau boleh hendak lagi'. "Tidak dilupakan juga kepada penaja-penaja lain yang sudi menaja iaitu Optometris Wan Sdn Bhd, Fw Cahaya Saga Enterprise, Dental Al Fateh Jitra, Abul's Chamber, Irdeco Sdn Bhd, Hoe & Ahmad Zaki dan agensi-agensi yang terlibat bagi menjayakan kejohanan dari awal hingga harini," katanya. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #sukan -UPDA 4/29/2024, 2:20:53 PM 

Tiada ulasan