Header Ads

test

MOU PKB DAN RETD KOREA REALISASIKAN KEDAH2035 ALOR SETAR - Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Permodal...


MOU PKB DAN RETD KOREA REALISASIKAN KEDAH2035 ALOR SETAR - Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan Royal Eco Train Development, Korea (RETD Korea) itu sejajar dengan pembangunan Langkawi secara keseluruhannya sekaligus menyokong agenda KEDAH2035. Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr Haim Hilman Abdullah berkata, MoU berkenaan merupakan satu inisiatif yang diusahakan oleh PKB dalam membina jaringan dengan syarikat-syarikat antarabangsa bagi pembangunan negeri Kedah. Jelasnya, usaha itu akan membawa kepada satu kajian menyeluruh oleh RETD untuk pembangunan infrastruktur di Pulau Langkawi. "MoU ini adalah sebahagian daripada agenda ekonomi negeri seperti yang digagaskan oleh Menteri Besar Kedah dan syarikat Korea itu adalah syarikat yang berpengalaman dalam pembangunan infrastruktur. "Kita mahu infrastruktur dibangunkan dan pada masa yang sama hub komersial turut dibangunkan. Inilah model yang sedang dikaji oleh RETD bagi membolehkan satu bentuk pembangunan baharu dapat dilakukan di negeri Kedah." Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Permodalan Kedah Berhad (PKB) Dan Royal Eco Train Development, Korea (RETD Korea) bertempat di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. Tambah beliau lagi, berdasarkan kepakaran yang dimiliki syarikat Korea itu dijangkakan dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan mendapatkan gambaran sepenuhnya potensi yang ada di Langkawi bagi langkah seterusnya. Menurutnya, RETD merupakan sebuah syarikat yang mempunyai reputasi yang tinggi dan kerajaan negeri juga ingin membawa teknologi yang digunakan oleh Korea membangunkan bandar mereka. "Pada dasarnya kita akan melihat daripada jeti Kuah sampai ke destinasi perlancongan di Langkawi. Tapi ia akan berfasa-fasa. Akhirnya kita mempunyai rangkaian sistem yang terbaik di Asia dengan hasil pembangunan yang terancang ini. "Kita nak bawa perubahan besar ke pulau langkawi untuk meletakkan Langkawi kekal menjadi salah satu pulau terbaik di dunia," katanya lagi kepada pengamal media. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/29/2024, 8:00:52 PM 

Tiada ulasan