Header Ads

test

PENUTUPAN EKSPO FIESTA RAYA BALING PILIHAN PENGANJUR SENDIRI BALING: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengeluarkan arahan menghent...


PENUTUPAN EKSPO FIESTA RAYA BALING PILIHAN PENGANJUR SENDIRI BALING: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengeluarkan arahan menghentikan aktiviti hiburan yang tidak sihat kepada penganjur Karnival Fiesta Raya Baling 2024 setelah tular seorang selebriti terkenal tanah air menari ala dangdut bersama beberapa orang lelaki lain di atas pentas. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, YB Mejar (B) Mansor Zakaria berkata PBT mengeluarkan arahan menghentikan hiburan sahaja sebaliknya penganjur yang memilih untuk menutup seluruh jualan di karnival berkenaan. Menurutnya, kemungkinan timbul salah faham dalam isu berkenaan sehingga ada pihak yang mendakwa PBT mengenakan paksaan agar menghentikan karnival tersebut. "Pilihan kepada penganjur, bukan paksaan untuk tutup karnival tersebut. "Kita tegaskan kepada penganjur hentikan pengisian program yang tidak sihat seperti hiburan, bukannya tutup ekspo itu," katanya ketika dihubungi. Tambahnya, pihak penganjur melanggar garis panduan yang ditetapkan kerana pada peringkat awal hanya menyediakan hiburan seperti nasyid, qasidah dan lain-lain. Jelasnya, penganjur sepatutnya memantau aktiviti sepanjang karnival berlangsung termasuk memastikan pengisian program yang mematuhi garis panduan. "Kita simpati terhadap peniaga namun penganjur sepatutnya tahu batas-batas kerana kita sudah tegaskan malah surat arahan PBT kepada penganjur untuk hormati bulan Ramadan. "Selaku Exco berkaitan, saya mohon maaf atas apa yang berlaku dan mengambil tanggungjawab kerana isu ini bawah portfolio saya. "Namun aksi hiburan seperti itu bukan atas restu atau kebenaran kerajaan negeri mahupun Majlis Daerah Baling," jelasnya. Tegasnya, selain teguran PBT tidak teragak-agak menyenarai hitamkan mana-mana penganjur yang melanggar syarat dan garis panduan serta tidak diberi kebenaran penganjuran pada masa akan datang. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/1/2024, 11:22:26 AM 

Tiada ulasan