Header Ads

test

PERANAN ALUMNI DALAM PEMBENTUKAN MISI DAN VISI SEKOLAH ALOR SETAR


ALOR SETAR - Alumni berperanan menghubungkan antara bekas pelajar dan berusaha untuk memberikan penghargaan kepada sekolah yang telah berperanan dalam membentuk kejayaan individu dalam berbagai bidang.

Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, peranan alumni adalah antara penyumbang utama dalam membantu sekolah untuk membentuk misi dan visi yang jelas.

“Saya yakin pagar sekolah sentiasa ‘terbuka’ buat tuan-tuan dan puan-puan yang berhasrat untuk bersama visi dan misi sekolah.

“Ramai dalam kalangan alumni ini telah bergelar orang hebat di luar sana, dengan pelbagai kepakaran, termasuk dalam bidang sukan,” katanya.

Beliau berkata demikan semasa menghadiri Majlis Makan Malam Amal Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Malik (SMKTAM) di Raia Hotel, Alor Setar semalam.

Tambah Sanusi, Sumbangan kecil atau besar bukan menjadi ukuran, tetapi keterlibatan itu menjadi kayu ukur sejauh mana usaha PIBG dan Alumni untuk bersama-sama membantu mencapai misi dan visi pihak sekolah.

“Gandingan kerjasama erat antara alumni dan pihak sekolah seperti ini yang kita harapkan mampu menjana kecemerlangan sekolah dan pelajarnya, dan pada akhirnya kita sama-sama mampu berbangga dengan hasilnya,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Sanusi menyatakan rasa terhina apabila ada pihak yang melarang pihak sekolah untuk menghadiri program berkenaan.

“Saya rasa terhina dengan larangan pihak sekolah hadir ke program ini, kerana saya dilantik oleh Sultan secara sah di negeri ini untuk menjaga negeri ini,” luah beliau.

Tiada ulasan