Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Pejabat Daerah Langkawi dan Agensi Kerajaan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi. Perbincangan tersebut melibatkan 55 orang mewakili jabatan dan agensi yang terlibat di Pulau Langkawi. Pelbagai cadangan serta perkara berbangkit dibincangkan bagi membantu meningkat kemasukan pelancongan ke Pulau Langkawi disamping penambahbaikan dalam melaksanakan hasrat kerajaan negeri bagi menyambut Tahun Melawat Kedah 2025 nanti. Turut hadir bersama Ahli Parlimen Langkawi, YB Datuk Suhaimi Abdullah; Ahli Dewan Undangan Negeri Kuah, YB Amar Pared Mahmud; Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat, YB Shamsilah Siru; Pegawai Daerah Langkawi, Tuan Muhamad Subhi Abdullah serta Ketua-ketua Jabatan Agensi Kerajaan. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/25/2024, 4:00:42 PM 

Tiada ulasan