Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


ADUN Bukit Kayu Hitam, YB Dato' Hajjah Halimaton Shaadiah Saad menyampaikan Sumbangan Hari Raya Aidil Fitri kepada 114 orang pengerusi dan setiausaha MKK di dalam Dun Bukit Kayu Hitam. Kesemua penerima turut didaftarkan dalam Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO bagi melindungi mereka semasa menjalankan tugas mulai hari ini hingga April 2025. Antara faedah yang disediakan kepada mereka adalah seperti faedah Perubatan, faedah hilang upaya, elaun layanan sentiasa, faedah orang tanggungan, faedah pemulihan jasmani, faedah pengurusan jenazah dan faedah pendidikan. Sebanyak RM 2,656 telah diperuntukkan oleh Pusat Khidmat bagi menjayakan program ini. Turut hadir Pengarah PEKESO Negeri Kedah, Puan Rak Boon a/p Tan Rak dan kakitangan PEKESO. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 4/7/2024, 2:45:18 PM 

Tiada ulasan