Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Pusat Khidmat Komuniti DUN Kuah menyerahkan surat kelulusan Bantuan Awal Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (iBAKIPT) kepada beberapa penerima di DUN Kuah. Bantuan ini adalah untuk membantu anak-anak negeri Kedah yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian. Oleh demikian, Kerajaan Negeri Kedah telah memperkenalkan bantuan pendidikan melalui iBAKIPT. Mereka yang diluluskan permohonan akan menerima sumbangan sebanyak RM300 menerusi Pusat Khidmat ADUN masing-masing. Bantuan akan terus dikreditkan ke dalam akaun bank pelajar. Tahniah dan syabas kepada mereka yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pemohonan boleh dibuat melalui pautan https://sppnk.kedah.gov.my/ibakipt 📷 : ADUN KUAH 2023 - Amar Pared Mahamud #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 4/21/2024, 3:30:15 PM 

Tiada ulasan