Header Ads

test

 ADUN Bandar Baharu, YB Dr Mohd Suffian Yusoff merasmikan Mesyuarat Agung Persekutuan Pengakap Malaysia, Daerah Bandar Baharu, baru-baru ini.






Beliau berpeluang berkenalan dengan pemimpin-pemimpin pengakap seluruh Daerah Bandar Baharu disamping memberi beberapa mutiara untuk mengukuhkan Persekutuan Pengakap Daerah.

Beliau mula mengenali pengakap sejak menuntut di Sekolah Kebangsaan Selama, Kedah sehingga Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani.

Di antara ikrar kesetiaan pengakap adalah "menolong orang pada setiap masa" bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad S.A.W.

خَيْرُ الناسِ أَنفَعُهُم لِلنَّاسِ

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.” 

(Hadits Riwayat at-Thabrani).

Sekiranya difahami dengan baik, aktiviti pengakap ini banyak mendatangkan manfaat dan kelebihan serta ganjaran baik di dunia mahupun akhirat.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA

Tiada ulasan